Ansur Maju

Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakan mendatar tidak ada kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tending kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat papan anjal yang diletakkan pada hujung larian  dan melompat pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat. 
Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang di poin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuh dengan atas kepala dan bukan dengan dahi. 

1.       Lari menuju ke papan lonjak dengan satu larian pendek (lima langkah) untuk melonjak daripada papan lonjak dari satu kaki dan mendarat dengan kedua belah kaki.


2.       Seperti No.1 di atas, iaitu menggunakan larian lima langkah, melonjak daripada sebelah kaki tetapi mendarat menggunakan kaki lain (kaki bebas). Tubuh badan tegak dan cuba menyentuh sapu tangan atau belon yang digantung dengan bahagian atas kepala.

3.       Seperti No.2 tetapi mendarat dalam posisi split, iaitu dengan kaki lonjakan berada di belakang dan kaki bebas (yang membongkok) di hadapan badan, tubuh badan hendaklah tegak. (rajah b)


4.       Seperti No.3 tetapi diterbalikkan posisi kaki di udara dan mendarat dalam posisi split. (rajah c)


Seperti No.4 tetapi membawa kaki belakang bersama-sama dengan kaki lonjakan yang lurus di hadapan untuk mendarat dan menyempurnakan aksi kaki. Lengan-lengan dihayun lurus ke atas badan ke depan dan ke bawah seterusnya ke belakang untuk megimbangi aksi kaki.



ASPEK BIOMEKANIK

Dalam menganalisa pergerakan seorang atlet dalam acara lompat jauh ini, kita perlu merujuk kepada Newton dan kajiannya tentang sifat-sifat kesan tarikan gravit. Newton telah memperkenalkan tiga hokum gerakan yang membantu kita memahami sifat-sifat pergerakan manusia. Gerakan adalah gerakan sesuatu daya yang dikenakan oleh suatu tolakan atau tarikan.


·         Hukum Inersia
Hukum ini juga dikenali sebagai Hukum Newton Pertama. Hukum ini mengatakan sesuatu objek yang tidak bergerak kekal dalam kedudukan statik dan susuatu objek yang bergerak akan terus bergerak sehingga ia diubah oleh daya luar. Semasa permulaan kita perlu kenakan sesuatu daya yang lebih besar daripada berat badan atlet untuk mengerakkan badan dari keadaan pegun. Semasa mendarat atlet akan terus bergerak kea rah yang sama sehingga terdapat seusatu daya bertindak ke atasnya.

·         Hukum pecutan (Hukum Newton Kedua)
Hukum ini mengatakan sesuatu objek dikenakan sesuatu daya, ia akan terus bergerak dengan arah yang sama dengan daya yang dikenakan. Pecutan ataupun peningkatan kelajuan adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan dan berkadar songsang dengan saiz dan jisim objek tersebut. Hokum ini amat penting dalam sukan kerana ia menunjukkan semasa larian daya yang dikenakan adalah hasil daripada jisim dan halaju. Hayunan tangan semasa  larian akan menambahkan daya momentum yang dihasilkan.

·         Hukum Newton Ketiga (Law of action and reaction)
Hukum ini menyatakan bahawa setiap aksi (tindakan) akan terdapat satu reaksi (tindak balas) yang sama kuat dari arah bertentangan. Semasa larian tolakan tolakan kaki ke bumi, ayunan tangan yang lebih pantas akan menambahkan kelajuan larian. Semasa permulaan larian tolakkan kaki lonjak ke bumi. Semasa melonjak hokum ini mengatakan bahawa setiap aksi akan terdapan satu reaksi dari arah yang bertentangan. Semasa layangan badan atlet dibengkokkan ke hadapan dan tangan lurus (aksi) dan kaki dihayun ke hadapan (reaksi). Semasa mendarat pasir akan menyerap daya dan oleh sebab itu tolakan balik (reaksi) adalah tidak bergitu kuat.

·         Kestabilan Badan
Semasa mendarat badan dicondongkan ke hadapan untuk set off  pusat gravity supaya atlet mendapat kestabilan yang baru.

·         Pusat Graviti
Kedudukan pusat gravity adalah penting untuk menentukan keseimbangan badan. Semasa mendarat kaki dan badan dibengkokkan untuk merendahkan pusat gravity supaya badan berada dalam keadaan stabil.

·         Sudut Lonjakan
Sudut lonjakan adalah 42 hingga 45 darjah untuk mendapat jarak yang jauh.

No comments:

Post a Comment