Sejarah
permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawal tahun 708 sebelum masihi iaitu
dalam sukan Olimpik Kuno di Greece.Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh
7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan
cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada lompatan yang dibuat kini.
Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada
zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali, sama ada lompatan dalam bentuk
multiple, double-triple atau quin-triple.
Apabila
sukan Olimpik moden dihidupkan pada tahun 1896, Lompat Jauh termasuk sebagai
salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara
olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia.
Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah
kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.
Walaupun
Lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari berbanding acara-acara
lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang mampu melakukannya dengan baik.
Teknik Lompatan dan peraturannya perlu dipelajari dengan penuh minat. Ini
kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari daripada risiko
kecederaan. Teknik-teknik lompatan baru adalah diperkenalkan daripada kajian-kajian
saintifik yang dilakukan keatasnya.Rekod lompatan terjauh, yang pada suatu masa
dahulu diramalkan menjadai rekod paling lama, kini sudah pun diperbaiki.
Kejayaan
Amerika Syarikat, Bob Beamon dengan lompatan sejauh 8.90 meter dalam sukan
olimpik tahun 1968 di Mexico telah dipecahkan oleh seorang lagi peserta Amerika
Syarikatiaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh 8.95 meter. Ini menunjukkan
bahawa, sebagai rekod tidak mungkin ia tidak dapat diperbaiki oleh peserta
kemudiannya. Semua ini disebabkan adanya latihan, pembaharuan teknik dan
keazaman yang tinggi daripada peserta itu sendiri.