Prinsip-Prinsip Asas Lompatan



·         Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk melompat  dari papan lonjak.

·         Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki, pinggul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan dengan kuat bersama-sama dengan peha kaki bukan lonjak (kaki kebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan bahu.

·         Semasa melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan, dan dihayun ke hadapan sementara kaki bebas diluruskan ke bawah dank e belakang. Langan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerakan-gerakan kaki.

·         Kaki lonjak diluruskan sebagai persedian untuk mendarat dengan kedua-dua lengan di bawa ke atas kepala.
        Kaki bebas dibawa ke hadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan dihayun ke belakang semasa mendarat.

Dalam acara lompat jauh terdapat empat aspek penting yang harus diberikan perhatian utama, iaitu kelajuan lompatan, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh, tidak kira sama ada seseorang itu baru mempelajari acara  ini ataupun sudah lama melibatkan diri di dalamnya.

Kalajuan Larian
Kelajuan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan mungkin jauh. Mungin ada juga yang berpendapat larian tidak begitu penting dalam acara ini. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai, tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang tidak sesuai boleh menyebabkan perkara berikut.

1.       Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh mengganggu lompatan.
2.       Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan dibuat.
3.       Ketidaktepatan untuk menghasilkan lompatan yang tepat pada sasaran di papan pelepas, yang boleh menyebabkan lompatan batal.

Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. Penting juga diketahui bahawa kelajuan larian mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan dibuat. Dalam menghasilkan larian yang mendatar dan menegak, konsentrasi dan ketepatan adalah penting.

Biasanya larian yang mengandungi antara 18 hingga 22 langkah atau jarak 20 hingga 40 meter diambil oleh pelompat. Manakala untuk ketepatan yang tinggi, check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan. Check-mark ini dilakukan adalah untuk memudahkan peserta memberikan ketepatan antara larian mula dengan papan pelepas.

Terdapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Pertama, pelompat harus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. Untuk tujuan ini, seseorang pembantu diperlukan untuk menandakan titik yang paling sesuai dengan langkah yang bakal dibuat. 

Kaedah kedua ialah, mencari konsistensi melalui larian dari papan pelepas. Dalam hal ini, pelompat perlu melakukan banyak larian sehingga ketepatan diperolehi. Kaedah kedua ini juga bagaimanapun tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Ini selanjutnya akan menjejaskan konsistensi larian yang diukur tadi. 

Pelepasan Lompatan
Pelepasan Lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum, dan seterusnya dalam membuat lompatan terbaik dan berkesan. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan dapat membantu menghasilkan pelepasan yang baik. Walaupun dianggarkan bahawa pelompat akan berada selama 0.11 saat sahaja pada tahap ini ia penting untuk menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal.

Kajian pernah dilakukan oleh beberapa pakar sukan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepasan ini, sebanyak 12 % daripada momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. Keadaan pengurangan momentum ini dikenali sebagai sudut hentian. Penghasilan sudut hentian yang searas dengan corak larian akan dapat mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku perubahan pergerakan daripada mendatar kepada menegak. 

Penghasilan sudut hentian yang sesuai dapat dilakukan melalui aplikasi teknik yang baik. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh terkemuka peringkat antarabangsa, teknik berikut disarankan,
1.       Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan lompatan.
2.       Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tanga dari atas ke bawah, dan kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah.
3.        Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan, iaitu dengan kedua-duanya diangkat ke atas.

Semasa di Udara
Selepas pelepasan lompatan dibuat, momentum menegak mula mengambil tempat pada diri pelompat. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. Selanjutnya pergerakan menegak ini juga dikurangkan, iaitu oleh daya graviti. Pusat graviti semasa melompat di udara adalah pada badan pelompat. Walaupun terdapat rintangan udara,tetapi ia adalah lebih kecil berbanding puast graviti yang ada pada badan seseorang pelompat. Untuk mengatasi rintangan ini, teknik larian di udara (running in the air) dan mengayuh (hitch-kick) biasanya  digunakan untuk menghasilkan jarak minimum. Pada umumnya, terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang pelompat jauh di udara.
1.       Pergerakan belayar (sailing)
2.       Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air)
3.       Pergerakan hayunan punggung (hip-swing)
Pada ketiga-tiga jenis pergerakan ini, mengayuh atau berlari di udara adalah lebih licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh pada peringkat antarabangsa.

Pendaratan
Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian jarak yang maksimum. Pergerakan yang sesuai bukan sahaja mampu menghasilkan jarak, tetapi dapat mengelakkan gangguan pada momentum, khususnya momentum menegak. Teknik pendaratan yang dikenali sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini.

Teknik ini dapat mengimbang pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ia seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik dan stabil. Teknik ini dilakukan dengan membentuk anyunan kaki dan tangan ke hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan.

1 comment: