Teknik Lompatan

TEKNIK-TEKNIK UNTUK ACARA LOMPAT JAUH
·         Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk melompat  dari papan lonjak.

·         Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki, pinggul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan dengan kuat bersama-sama dengan peha kaki bukan lonjak (kaki kebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan bahu.

·         Semasa melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan, dan dihayun ke hadapan sementara kaki bebas diluruskan ke bawah dank e belakang. Langan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerakan-gerakan kaki.

·         Kaki lonjak diluruskan sebagai persedian untuk mendarat dengan kedua-dua lengan di bawa ke atas kepala.

·         Kaki bebas dibawa ke hadapan bersama-sama denagn kaki lonjak. Kedua-dua lengan dihayun ke belakang semasa mendarat.

No comments:

Post a Comment