Undang-Undang & Peraturan Asas


1.       Setiap peserta dibenarkan membuat sama ada tiga atau enam lompatan, berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta terlalu ramai, semua peserta akan membuat lompatan sebanyak tiga kali atau enam kali. Dua belasa atau lapan peserta terbaik kemudiannya dipilih ke pusingan akhir.

2.       Lompatan terbaik, iaitu yang paling jauh di antara tiga atau enam lompatan tersebut, akan dikira sebagai pencapaian terbaik seseorang peserta. 

3.       Setiap peserta dikehendaki membuat  lompatan pada papan lompatan yang disediakan di tempat melompat. Bagaimanapun peserta dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan lonjak  iaitu kaki lonjak tidak semestinya menyentuh tepat di atas papan lompatan.

4.       Lompatan akan dikira batal atau gagal jika seseorang pelompat melakukan perara-perkara berikut :-
a)      Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan lompatan melepasi tanda yang dibenarkan.
b)      Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar kawasan mendarat (kawasan pasir)

5.       Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan, tetapi pada kebiasaannya, jarak antara 15 hingga 40 meter digunakan.

6.       Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawsan mendarat. Ukuran dibuat mengikut jarak antara papan lompat dengan kawasan pendaratan, iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hamper yang disentuh oleh pelompat di dalam kawasan mendarat.

7.       Pengunaan sebaran alat bantuan tambahan adalah dilarang, kecuali kasut berpaku (spike) 

8.        Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil akan mengawasi sesuatu lompatan, iaitu seorang mengawasi papan lompatan, seorang menentukan tempat mendarat dan seorang lagi pencatat.

No comments:

Post a Comment