1.
Pita pengukur
Pita ini digunakan untuk
mengukur jarak lompatan. Jarak lompatan diukur dari hujung yang terdekat dengan
papan pelepas ke hujung terdekat tempat pendaratan dalam kawasan pendaratan.
Dalam kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur
elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat dilakukan.
2.
Kasut berpaku (spike)
Kasut yang sesuai adalah
penting untuk larian dan sebagai perlindungan. Kasut yang berpaku dan bertumit
plastik sesuai digunakan dalam lompat jauh.
3.
Bendera isyarat
Bendera yang digunakan oleh
pengadil adalah untuk mengawasi lompatan. Terdapat dua jenis bendera iaitu
bendera putih dan merah. Bendera putih untuk lompatan yang sah dan bendera
merah untuk lompatan yang batal.
4.
Lorong larian
Lorong larian yang sesuai
adalah penting untuk melakukan pecutan, larian dan lompatan. Jarak standard
lorong larian adalah 45 meter x 1.22 meter.
5.
Papan pelepas
Papan pelepas digunakan
sebagai petanda dan permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard adalah
bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 meter lebar. Papan ini diletakkan satu meter
dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan dan biasanya diwarnakan
dengan warna putih.
6.
Kawasan pendaratan
Ia digunakan untuk mendarat
dalam satu-satu lompatan. Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama
dalam acara lompat jauh. Ia disikan dengan pasir halus dan dilembapkan. Saiz
standard kawasan pendaratan adalah 9 meter panjang dan 2.75 meter lebar.
7.
Pengukur halaju angin
Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika lompatan dilakukan. Ia penting untuk menentukan sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Alat pengukur ini tidak digunakan dalam kejohanan peringkat sekolah atau kelab.
Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika lompatan dilakukan. Ia penting untuk menentukan sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Alat pengukur ini tidak digunakan dalam kejohanan peringkat sekolah atau kelab.
8. Pentunjuk Plastisin (Plasticine
Indicator)
Pentunjuk plastisin digunakan
untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang
dibuat.Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan
tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan
tidak dikira dalam perhitungan lompatan dicapai.
No comments:
Post a Comment